Sunday, 27 November 2011

Bagaimana Memilih Jodoh?

Muslimah yang memilih calon suami dengan bimbingan ideologi Islam akan memahami bahawa pemimpin rumahtangga bukanlah sebatas seorang muslim sedangkan akhlaknya bercelaru. Seorang pemimpin rumahtangga juga bukan dalam kalangan mereka yang sentiasa mementingkan aspek kecantikan atau kebendaan semata-mata. Kepemimpinan rumahtangga yang dipegang oleh lelaki seperti ini tentu tidak akan pernah membawa rumahtangganya menuju ketaatan kepada Allah SWT. Seorang muslimah yang memilih calon suami berdasarkan anjuran Islam tidak akan terpedaya oleh ketampanan atau ciri-ciri fizikal mahupun kekayaan seseorang. Calon pemimpin dalam rumahtangga ideologis mestilah bersedia untuk memimpin rumahtangganya dengan landasan ideologi Islam dan meletakkan setiap keputusannya dengan pertimbangan ideologi Islam semata-mataa. Suami sebagai seorang pemimpin tidak sepatutnya menjadikan rumahnya hanya sebagai tempat istirahat setelah seharian beraktiviti di luar rumah. Keteladanan diperlukan untuk membantu proses pembinaan isteri dan anak-anaknya. Suami yang memiliki kesedaran ideologi Islam selalu berfikir secara serius agar setiap keputusan yang diambil bukan dari pertimbangan hawa nafsu semata-mata. Suami seperti ini akan selalu menimbang dan mengukur perbuatannya dengan ukuran ideologi Islam, tidak terjebak menukar yang wajib dengan yang mubah atau bahkan dengan yang haram.

Dasar memilih calon suami isteri dalam rumahtangga ideologis bukanlah seperti memilih boneka yang mesti memenuhi citarasa seseorang, tetapi memilih sesuatu yang lebih besar daripada itu, iaitu memilih pencetak generasi dengan mengutamakan kesediaan seorang isteri berjuang bersama si suami dalam rangka melanjutkan kehidupan Islam. Tidak sewajarnya bangunan rumahtangga ideologi dimulai dengan memilih isteri atas dasar tertarik kepada keayuan wajahnya, kelangsingan badannya atau melimpah ruah hartanya. Isteri dalam rumah tangga ideologis adalah figura muslimah berwawasan dan berdasarkan ideologis, siap mengelola anak-anak dan isi rumahnya sesuai dengan syariat Islam. Kewibawaan yang terpancar daripada kesedaran ini memudahkan seorang isteri dan ibu untuk membina anak-anaknya agar tumbuh  menjadi seorang pejuang.

Seorang ibu yang memiliki kesedaran ideologis akan membina anak-anaknya sepanjang waktu dan tidak terikat dengan kurikulum atau jadual waktu tertentu yang memperuntukkan waktu seketika sahaja. Kesedaran ini mendorongnya untuk mengendalikan setiap ucapan dan perbuatannya terutama di hadapan anak-anak kerana setiap pola langkah ibu adalah bahan pembinaan secara langsung mahupun tidak langsung terhadap anak-anaknya. Muslimah sebagai isteri dalam rumahtangga ideologis selalu mententeramkan suami dalam ketaatannya kepada Allah. Tidak dapat dinafikan bahawa suasana rumah berpengaruh terhadap suami dalam menjalankan setiap kewajipannya. Pada saat suami menjalankan amal dakwah misalnya, tidak akan berjalan lancar ketika si isteri membebaninya dengan permasalahan di rumah seperti perabut pecah lantaran kenakalan anak-anak yang melepaskan kemarahannya dengan membaling barang, atau duit simpanan habis sebelum waktunya tanpa jelas untuk apa dibelanjakan lantaran sikap si isteri yang ternyata boros.

PERNIKAHAN PERMULAAN KEHIDUPAN PERSAHABATAN
Satu-satunya cara memulakan pembentukan rumah tangga ideologis yang didasarkan kepada syariat Islam adalah dengan penikahan, yang didahului khitbah (meminang). Cara lain yang lazim ditempuh muda-mudi di era sistem kapitalis saat ini seperti coupling yang jelas menyalahi peraturan Allah SWT. Tidak dapat dinafikan aktiviti coupling yang paling minimum sahaja mungkin saling pandang memandang dengan pandangan yang melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT. Apalagi dengan pergaulan bebas dewasa ini, berleluasanya propaganda seks bebas, free love, dan perzinaan seakan-akan menjadi perkara biasa. Walhal Allah melarang mendekatinya. Hukum syarak telah mengatur perbuatan manusia dengan sumber-sumber yang pasti iaitu al-Quran, hadis, ijma’ sahabat dan qias. Pernikahan merupakan bahagian amal manusia, maka tatacaranya telah ada dalam Islam, sejak awal prosesnya dengan khitbah sehingga ke akad nikah dan kehidupan berumah tangga. Anjuran untuk bernikah adalah sebahagian daripada peraturan Islam untuk pemenuhan naluri seks/melestarikan keturunan dengan tujuan penciptaan naluri ini adalah agar generasi manusia tidak pupus.

Anjuran bernikah tercantum dalam bentuk hadis mahupun ayat Al-Quran, diantaranya firman Allah SWT: “Nikahilah oleh kalian wanita-wanita yang kalian senangi dua, tiga atau empat” [TMQ an-Nisaa(4):3]. Adapun hadis yang menganjurkan untuk bernikah yang diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud ra berkata bahawa Rasulullah bersabda: “Wahai para pemuda, siapa sahaja di antara kalian yang telah mampu memikul beban, hendaklah ia segera bernikah, kerana hal itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Sebaliknya siapa sahaja yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa kerana hal itu dapat menjadi perisai baginya”.

Dalam kehidupan Islam, pernikahan adalah bahagian dari ibadah, bukan pemuasan seksual. Islam mengatur pernikahan secara jelas. Membentuk rumah tangga ideologis akan diawali dengan niat yang tulus ikhlas semenjak memilih pasangan sehinggalah menginjak kepada proses pernikahan, iaitu niat untuk menyempurnakan ketaatan kepada Allah SWT. Pemeliharaan niat sangat penting agar rumah tangga ideologis tidak tersasar daripada tujuan yang dikehendaki. Acapkali halatuju rumah tangga tersasar daripada landasan ideologi Islam yang telah diagendakan sejak awal pernikahan. Maka, tidak hairanlah kesinambungan perjuangan suami isteri untuk menyumbang dalam memperjuangkan ideologi Islam yang semestinya meningkat dengan adanya persahabatan dalam rumah tangga, justeru menurun bahkan menghilang.
Pemilihan pasangan yang tepat sebelum bernikah akan memudahkan penyesuaian dan pengaturan halatuju rumahtangga sesuai bimbingan ideologi Islam. Islam memerintahkan memilih pasangan dengan pertimbangan agama (deen), seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: “Wanita itu dinikahi kerana empat aspek iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita kerana agamanya, nescaya engkau akan beruntung”.

Kasih sayang pasangan ideologis adalah kasih sayang sejati, iaitu tidak akan membiarkan pasangannya tersentuh api neraka walau sehujung rambut sekalipun. Dalam perjalanan melayari bahtera rumah tangga, kedua-duanya saling muhasabah sekiranya terjadi pengabaian kewajipan atau ketidaksempurnaan dalam perjuangan di jalan Allah. Persahabatan suami isteri dalam rumah tangga ideologis melahirkan kesinambungan dalam perjuangan mengemban ideologi Islam. Kesedaran bahawa setiap perjuangan menuntut pengorbanan akan memudahkan pasangannya dalam menyempurnakan kewajipan. Tuntutan pengorbanan dapat berupa harta, tenaga, buah fikiran bahkan jiwa/nyawa sekalipun. Inilah tabiat perjuangan di manapun atau pada bila-bila masa sekalipun. Oleh kerana itu untuk mewujudkan rumah tangga ideologis bukanlah mustahil asal ada keinginan untuk meningkatkan potensi diri, menggunakan kelebihan masing-masing dan menghilangkan segala halangan demi kesempurnaan perjuangan mengemban ideologi Islam yang telah diwajibkan oleh Allah SWT.


Saturday, 26 November 2011

Terima Kasih


Terus terang saya katakan, saya adalah seorang yang sensitif. Mudah tersentuh. Terutama bab kasih sayang ni.. Saya susah nak sayang orang tapi bila dah sayang, dia memang punya tempat yang istimewa dalam hati saya. Saya takkan cerita di sini siapa orangnya. Biarlah namanya menjadi rahsia hati saya.
Kepada 'dia', terima kasih kerana beri peluang kepada saya untuk sayang anda. Terima kasih kerana menceriakan hari-hari saya. Terima kasih kerana menghiburkan hati saya. Terima kasih kerana membanggakan saya. Terima kasih kerana membuatkan saya mengukirkan senyuman saat saya duka. Terima kasih kerana menyejukkan hati saya. Terima kasih kerana meletakkan saya istimewa di hati anda. Anda juga istimewa di hati saya..
Mungkin 'dia' tidak pernah menyangka bahawa dia berperanan besar dalam hidup saya, tetapi itulah hakikatnya. Saya menyayanginya dan dia sumber kekuatan saya. Semoga dia terus berjaya dan ketahuilah, doa saya akan sentiasa saya titipkan untuknya..

Wednesday, 16 November 2011

Tak Semua

Tak semua orang rasa gembira
Tak semua orang faham apa yang kita rasa
Tak semua rasa apa itu hiba
Tak semua orang boleh lupakan sesuatu perkara dalam sekelip mata
Tak semua yang senyum itu dalam hatinya ada bunga
Tak semua beruntung dalam hidupnya
Tak semua orang dapat apa yang mereka mahukan
Tak semua benda boleh buat kita bahagia
Tak semua orang boleh sayang kita macam kita sayang mereka
Tak semua bernasib baik
Dan tak semua itu saya...

Note : You have 2 friends in this life,
           1. Allah
           2. Those who remind you of Allah

Friday, 11 November 2011

Salam Perkenalan

Assalamualaikum
Hari ni terdetik nak cuba create satu blog. Kenapa? Dah lama dah nak buat tapi takde kesempatan, erk itu bukanlah maksudnya saya sangat free sekarang.. ^_^

Kadang-kadang untuk meluahkan apa yang kita rasa, lebih baik dengan tulisan. Walaupun komunikasi dua hala tu takde tapi sekurang-kurangnya kita bebas untuk luahkan apa yang kita rasa kan? hmm.. itu pendapat saya la..

Satu sebab lagi kenapa saya nak create satu blog, saya nak perbaiki penulisan saya. mungkin hari ni saya tulis tak sampai 100 patah perkataan, tapi mungkin nanti saya akan mampu menulis lebih dari 2 muka surat! Fuh..angan-angan tu tinggi sangat hehehe.. tapi InsyaAllah, saya akan anggap ia satu cabaran untuk diri saya!