Wednesday, 21 December 2011

Allah Maha Penyayang

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Entry saya sebelum ni, saya ada meluahkan rasa sedih saya apabila insan istimewa dalam hidup saya berhijrah. Perpisahan itu pahit tetapi Alhamdulillah, saya redha.

Bukan itu yang saya ingin ceritakan hari ini. Tengok tajuk di atas. 





Allah Maha Penyayang. 

Ya. Allah sayangkan saya. Kenapa saya cakap begitu? Saya kehilangan seorang insan tetapi Allah menggantikan 'seorang' itu dengan beberapa orang yang lain. Mereka pengubat hati saya. Menceriakan hari-hari saya. Sweet kan aturan Allah tu? ^_^



Saya sendiri tak menjangka 'kami' akan punya hubungan baik lebih dari hubungan guru dan murid. Yelah, saya garang orangnya (luaran je).. Murid-murid nak bergurau senda pun takut. Betul kan? Tapi, siapa sangka sekarang 'kami' boleh duduk satu meja dan berbual bersama. Terima kasih Ya Allah untuk ukhwah ini! 



Saya nak mention nama mereka di entry saya kali ni.. Zulaikha, Ida, Athirah, Ruviana, Adda, Alia, Fariha.. (Yang teacher tak mention nama jangan kecil hati ya, korang pun istimewa juga!)

Guys, terima kasih untuk semuanya. Semoga kalian berjaya di dunia dan akhirat. Jadilah anak yang solehah yang membahagiakan ibu dan ayah. Ingat dan amalkan segala suruhan Yang Maha Esa dan tinggalkan segala larangannya. Teacher sayang korang! ^_^

~ lots of love ~


Tuesday, 20 December 2011

Berlapang dada


"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain"

Saya bukanlah orang yang tidak boleh menerima teguran. InsyaAllah, sebarang teguran akan saya terima dengan lapang dada. Setiap teguran yang diberikan kepada saya itu adalah satu petanda insan disekeliling saya prihatin dan menyayangi saya. Teguran itu, walaupun pahit saya rasakan namun semoga saya berlapang dada menerimanya. Semoga ia bakal menjadi anjakan ke arah yang lebih baik. Saya tidak mahu melayan emosi dan ego kerana akhirnya nanti memakan diri saya sendiri. Doakan saja yang terbaik untuk saya.

Monday, 19 December 2011

Saya bukan selfish!



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Saya tidak berniat untuk menulis panjang lebar pada entry kali ini. Ada perkara yang bermain difikiran saya saat ini. Keputusan yang bakal saya ambil bakal mengecewakan orang lain. Tetapi, saya bukan selfish dan tidak berniat untuk menjadi selfish! Saya punya alasan sendiri. Saya tahu setakat mana kemampuan saya dan itulah jalan yang saya pilih.. Semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk menempuhi masa depan. Amin.

Wednesday, 7 December 2011

Cahaya's story..

Sudah empat hari saya di kampung dan ada sesuatu yang saya ingin kongsikan kepada anda. Nama pun duduk kat kampung, jadi sebagaimana yang saya pernah beritahu pada entry saya yang lalu, saya sudah terputus hubungan dengan internet. Broadband saya terpaksa saya simpan kemas di dalam beg sahaja hehehe

Kali ini saya pulang ke kampung pada musim buah. Saya bangga dengan kampung saya sebab kami punya banyak buah-buahan tempatan. Macam iklan astro, macam-macam ada.. Durian, manggis, rambutan, ciku, mata kucing, pisang, cempedak, nangka dan macam-macam lagi. Penat saya nak senaraikan ^_^


Rutin harian saya ialah, seawal 7 pagi kami sudah keluar ke kebun. Kalau dah namanya kebun, memang tak sah la kalau tak ada pacat, nyamuk etc.. dan kulit saya yang manja ni sudah tentu menjadi mangsa. Hmm macam tu la bila orang kampung yang duduk kat bandar sesekali balik kampung kena masuk kebun hahaha. Tangan dan kaki saya luka-luka terkena duri durian. Pedih dan semestinya sakit . Memang sakit tapi apalah nilai sakit saya jika dibandingkan dengan luka-luka yang ada di kaki dan tangan emak dan abah saya? Memang tangan saya sudah semakin kasar, tapi apalah nilai kasar tangan saya jika dibandingkan dengan tangan emak dan abah saya? Simpan saja rasa sakit itu ya.

Saat saya menulis entry ini (7 dec, 8.30pm), emak sedang tidur kerana keletihan. Keletihan yang bukan sedikit. Hati saya ditebak rasa sayu. Sungguh besar pengorbanan seorang insan yang bergelar ibu dan ayah. Kegigihan mereka membesarkan saya dan adik beradik lain. Walaupun mereka tidak punya pendidikan tinggi, tidak bekerja di dalam bilik yang mempunyai penyaman udara, namun mereka berusaha memberikan yang terbaik untuk kami. Terima kasih emak dan abah.




Mungkin entry ini agak emosional tetapi itulah hakikatnya. Saya akan menjadi beremosi bila berbicara tentang insan yang saya sayangi ini. Sebagai anak, saya tidak akan mampu untuk membalas segala jerih perih mereka namun saya cuba menjadi anak yang membahagiakan mereka. Walaupun saya tidak bersama mereka, doa saya sentiasa saya titipkan untuk mereka. Itu pun masih belum cukup untuk semua yang telah dilakukan oleh mereka.

Ya Allah, dengan rendah hati aku panjatkan kesyukuran padaMu kerana hingga saat ini aku masih merasai kasih sayang insan yang bergelar ibu dan ayah. Kau ampunilah dosa-dosa kedua ibu dan ayahku. Berikanlah kerahmatan dan keredhaanMu kepada mereka. Limpahkanlah kasih sayangMu kepada mereka. Berikanlah mereka keberkatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sesungguhnya aku amat menyayangi mereka. Amin.

Saturday, 3 December 2011

Nak share

Saya terbaca quote ni kat satu blog. So, nak share untuk peringatan bersama. Sharing is caring kan? ^_^

'TULISKANLAH rancanganmu dengan pensil kemudian serahkan pemadamnya kepada ALLAH SWT.. Izinkan Allah MEMADAM bahagian yang bukan ditakdirkan untukmu dan menggantikannya dengan RANCANGAN yang lebih BAIK kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita. Yang lebih baik untuk kita mungkin bukan seperti yang manusia sangka. Selalu ada hikmah di sebalik RANCANGAN yang Allah siapkan khas untuk kita, hambaNya yang beriman..'


~ Salam Sayang ~

See you soon..

Saya akan pulang ke kampung halaman yang tercinta hari ini.

Jadi, untuk itu saya tidak dapat bersama-sama anda sepanjang hampir dua minggu. InsyaAllah, dengan izin Allah, kita akan jumpa lagi dan saya akan mulakan tugas saya mengupdate blog ini. Don't miss me ya! Hahaha tak tahan sungguh dengan statement ni.. Perasan sungguh! Macam la ramai sangat yang akan rindukan saya kan?kan?kan?

~ Salam Kerinduan ~

A day with them

Actually, saya dah lama tak buat hobi saya dulu iaitu jalan-jalan.

Seriously, dulu suka sangat keluar jalan-jalan. Macam biasa my niece akan tumpang sekaki. Dia memang akan dapat advantage tu sebab for sure saya akan bawa dia bersama. Bagi orang 'bujang' yang lain, mungkin dia akan rasa tak best sebab bawa budak-budak & for sure saham akan jatuh kan ^_^? Saya tak kisah pun untuk bawa anak-anak buah saya keluar bersama-sama saya. Kadang-kadang saya bawa 3 orang sekaligus hehehe.. owh.. i missed them huhu :(

Okay, stop talking about that. Hari ni saya keluar. Actually bukan untuk jalan-jalan tapi untuk beli tiket balik kampung (saya sangat happy ^_^) dan secara kebetulan mereka nak ikut. So? Layankan jela.. Walaupun keluar jalan-jalan dengan orang yang tak sama baya dengan mereka, tapi saya happy. Mereka buat saya happy dengan gelagat mereka. Paling best bila someone cakap pada one of my students, saya ni kawan mereka hahaha.

Credit to all of you ^_^


Saya takkan lupa yang seorang ni.. (Zulaikha, like what i have told you before, you are my best personal assistant hahaha)


Terima kasih sebab temankan teacher. Bukan selalu kita dapat peluang macam ni kan? Alhamdulillah, dengan peluang yang ada, kita boleh rapatkan hubungan. At least, you know me from a different angle right? And so do I..

Guys, ingat tak skrip choral speaking kita? We may realize the significant of this life. Once we leave it, we might find that there is no other life like school life. Kita tak akan mampu untuk ulang semula putaran waktu. Dan satu perkara yang teacher sangat setuju, waktu persekolahan adalah waktu yang paling indah! Semoga kenangan sepanjang waktu persekolahan itu akan sentiasa kekal dalam ingatan.


Ingat apa yang kita pelajari hari ini? Surah Al Baqarah : 216
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui'

~ Salam Sayang ~

Friday, 2 December 2011

Yeay! Balik Kampung!

2 Disember 2011

Hehehe suka betul saya bermain dengan tarikh.. ^_^
Sedar tak sedar sudah hampir minggu kedua cuti persekolahan. Dalam kepayahan, saya melalui Kursus Latihan Perguruan siri 5 pada 21 November lalu dan ditambah pula dengan Kursus Kurikulum Standard Sekolah  pula yang baru melabuhkan tirai tengah hari tadi.. Memang 'bercinta' nak ikut kursus-kursus ni tapi apakan daya.. tanggungjawab.. Alfa (tenang / sabar).. Bak kata pensyarah idola saya sewaktu kursus latihan perguruan lalu, Tn. Hj. Mohamad Abu Daud.. ^_^

InsyaAllah saya akan pulang ke kampung Ahad ni. 


Hmm sungguh berkobar-kobar rasanya. Yelah, kali terakhir saya pulang pada hari Raya Aidiladha yang lalu. Saya tak punya kesempatan untuk 'terbang' pada setiap hujung minggu, jadi masa cuti yang ada inilah akan saya manfaatkan dengan sebaiknya. Rindu sungguh dengan ibunda tercinta. Pendek kata, hatiku di kampung hehehe.

Teringat iklan petronas yang pernah disiarkan di televisyen lama dulu..

Kenapa saya suka rumah saya?

Kenapa saya suka rumah saya?

Dan kalau soalan itu ditanyakan kepada saya, saya juga punya jawapan yang sama

.
.
.
.
.
.
.
.
.


Sebab dia BEST! ^_^


Thursday, 1 December 2011

I'm back!

Hari ini 1 Disember 2011.
Ada apa dengan tarikh ini? Mungkin ada yang menyambut hari lahir pada hari ini. Selamat hari lahir. Mungkin juga ada yang menyambut ulang tahun perkahwinan atau mendapat cahaya mata pada hari ini.. Tahniah saya ucapkan.
Apa ertinya tarikh ini pada saya? Besar maknanya.. Tarikh inilah insan yang saya sayangi memulakan hidup barunya di negeri orang. Jauh dari saya..Penghijrahannya memberi kesan besar dalam hidup saya. Sedih. Tidak saya nafikan perasaan itu membuatkan perut saya sebu hingga ke saat saya menulis entry ini. Perasaan itu juga yang membuatkan saya menjadi 'orang lain'. Saya hilang diri saya yang sebenar tanpa saya sedari..
Lewat petang tadi, saya menerima kiriman sms dari seorang sahabat. Isinya berbunyi, 'iza dah kembali..' Sungguh saya tersentak. Bila saya tanyakan maksudnya, dia menjawab 'dulu iza happy, byk idea tapi lately ni pendiam & muram sampaikan nak mintak pendapat pun tak berani'.
Saya termenung seketika. Sungguh. Saya tidak pandai menyembunyikan rasa. Apa yang saya zahirkan, itulah yang saya rasa. Jika saya gembira, sedih atau marah sekalipun semuanya akan diekspresikan di wajah saya. Dan ketika saya sibuk melayan anak murid saya di laman sosial, saya tersedar sendiri. Saya telah ketawa. Mungkin janggal bunyinya tapi itulah hakikatnya. Saya sudah lama tidak ketawa dengan seikhlas hati. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan ini. Saya sudah boleh menerima hakikat pahitnya sebuah perpisahan itu. Dan terima kasih Ya Allah kerana mengembalikan diriku.. Semoga aku diberikan kekuatan olehMu mengharungi hari-hari mendatang..Amin..

Sunday, 27 November 2011

Bagaimana Memilih Jodoh?

Muslimah yang memilih calon suami dengan bimbingan ideologi Islam akan memahami bahawa pemimpin rumahtangga bukanlah sebatas seorang muslim sedangkan akhlaknya bercelaru. Seorang pemimpin rumahtangga juga bukan dalam kalangan mereka yang sentiasa mementingkan aspek kecantikan atau kebendaan semata-mata. Kepemimpinan rumahtangga yang dipegang oleh lelaki seperti ini tentu tidak akan pernah membawa rumahtangganya menuju ketaatan kepada Allah SWT. Seorang muslimah yang memilih calon suami berdasarkan anjuran Islam tidak akan terpedaya oleh ketampanan atau ciri-ciri fizikal mahupun kekayaan seseorang. Calon pemimpin dalam rumahtangga ideologis mestilah bersedia untuk memimpin rumahtangganya dengan landasan ideologi Islam dan meletakkan setiap keputusannya dengan pertimbangan ideologi Islam semata-mataa. Suami sebagai seorang pemimpin tidak sepatutnya menjadikan rumahnya hanya sebagai tempat istirahat setelah seharian beraktiviti di luar rumah. Keteladanan diperlukan untuk membantu proses pembinaan isteri dan anak-anaknya. Suami yang memiliki kesedaran ideologi Islam selalu berfikir secara serius agar setiap keputusan yang diambil bukan dari pertimbangan hawa nafsu semata-mata. Suami seperti ini akan selalu menimbang dan mengukur perbuatannya dengan ukuran ideologi Islam, tidak terjebak menukar yang wajib dengan yang mubah atau bahkan dengan yang haram.

Dasar memilih calon suami isteri dalam rumahtangga ideologis bukanlah seperti memilih boneka yang mesti memenuhi citarasa seseorang, tetapi memilih sesuatu yang lebih besar daripada itu, iaitu memilih pencetak generasi dengan mengutamakan kesediaan seorang isteri berjuang bersama si suami dalam rangka melanjutkan kehidupan Islam. Tidak sewajarnya bangunan rumahtangga ideologi dimulai dengan memilih isteri atas dasar tertarik kepada keayuan wajahnya, kelangsingan badannya atau melimpah ruah hartanya. Isteri dalam rumah tangga ideologis adalah figura muslimah berwawasan dan berdasarkan ideologis, siap mengelola anak-anak dan isi rumahnya sesuai dengan syariat Islam. Kewibawaan yang terpancar daripada kesedaran ini memudahkan seorang isteri dan ibu untuk membina anak-anaknya agar tumbuh  menjadi seorang pejuang.

Seorang ibu yang memiliki kesedaran ideologis akan membina anak-anaknya sepanjang waktu dan tidak terikat dengan kurikulum atau jadual waktu tertentu yang memperuntukkan waktu seketika sahaja. Kesedaran ini mendorongnya untuk mengendalikan setiap ucapan dan perbuatannya terutama di hadapan anak-anak kerana setiap pola langkah ibu adalah bahan pembinaan secara langsung mahupun tidak langsung terhadap anak-anaknya. Muslimah sebagai isteri dalam rumahtangga ideologis selalu mententeramkan suami dalam ketaatannya kepada Allah. Tidak dapat dinafikan bahawa suasana rumah berpengaruh terhadap suami dalam menjalankan setiap kewajipannya. Pada saat suami menjalankan amal dakwah misalnya, tidak akan berjalan lancar ketika si isteri membebaninya dengan permasalahan di rumah seperti perabut pecah lantaran kenakalan anak-anak yang melepaskan kemarahannya dengan membaling barang, atau duit simpanan habis sebelum waktunya tanpa jelas untuk apa dibelanjakan lantaran sikap si isteri yang ternyata boros.

PERNIKAHAN PERMULAAN KEHIDUPAN PERSAHABATAN
Satu-satunya cara memulakan pembentukan rumah tangga ideologis yang didasarkan kepada syariat Islam adalah dengan penikahan, yang didahului khitbah (meminang). Cara lain yang lazim ditempuh muda-mudi di era sistem kapitalis saat ini seperti coupling yang jelas menyalahi peraturan Allah SWT. Tidak dapat dinafikan aktiviti coupling yang paling minimum sahaja mungkin saling pandang memandang dengan pandangan yang melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT. Apalagi dengan pergaulan bebas dewasa ini, berleluasanya propaganda seks bebas, free love, dan perzinaan seakan-akan menjadi perkara biasa. Walhal Allah melarang mendekatinya. Hukum syarak telah mengatur perbuatan manusia dengan sumber-sumber yang pasti iaitu al-Quran, hadis, ijma’ sahabat dan qias. Pernikahan merupakan bahagian amal manusia, maka tatacaranya telah ada dalam Islam, sejak awal prosesnya dengan khitbah sehingga ke akad nikah dan kehidupan berumah tangga. Anjuran untuk bernikah adalah sebahagian daripada peraturan Islam untuk pemenuhan naluri seks/melestarikan keturunan dengan tujuan penciptaan naluri ini adalah agar generasi manusia tidak pupus.

Anjuran bernikah tercantum dalam bentuk hadis mahupun ayat Al-Quran, diantaranya firman Allah SWT: “Nikahilah oleh kalian wanita-wanita yang kalian senangi dua, tiga atau empat” [TMQ an-Nisaa(4):3]. Adapun hadis yang menganjurkan untuk bernikah yang diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud ra berkata bahawa Rasulullah bersabda: “Wahai para pemuda, siapa sahaja di antara kalian yang telah mampu memikul beban, hendaklah ia segera bernikah, kerana hal itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Sebaliknya siapa sahaja yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa kerana hal itu dapat menjadi perisai baginya”.

Dalam kehidupan Islam, pernikahan adalah bahagian dari ibadah, bukan pemuasan seksual. Islam mengatur pernikahan secara jelas. Membentuk rumah tangga ideologis akan diawali dengan niat yang tulus ikhlas semenjak memilih pasangan sehinggalah menginjak kepada proses pernikahan, iaitu niat untuk menyempurnakan ketaatan kepada Allah SWT. Pemeliharaan niat sangat penting agar rumah tangga ideologis tidak tersasar daripada tujuan yang dikehendaki. Acapkali halatuju rumah tangga tersasar daripada landasan ideologi Islam yang telah diagendakan sejak awal pernikahan. Maka, tidak hairanlah kesinambungan perjuangan suami isteri untuk menyumbang dalam memperjuangkan ideologi Islam yang semestinya meningkat dengan adanya persahabatan dalam rumah tangga, justeru menurun bahkan menghilang.
Pemilihan pasangan yang tepat sebelum bernikah akan memudahkan penyesuaian dan pengaturan halatuju rumahtangga sesuai bimbingan ideologi Islam. Islam memerintahkan memilih pasangan dengan pertimbangan agama (deen), seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: “Wanita itu dinikahi kerana empat aspek iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita kerana agamanya, nescaya engkau akan beruntung”.

Kasih sayang pasangan ideologis adalah kasih sayang sejati, iaitu tidak akan membiarkan pasangannya tersentuh api neraka walau sehujung rambut sekalipun. Dalam perjalanan melayari bahtera rumah tangga, kedua-duanya saling muhasabah sekiranya terjadi pengabaian kewajipan atau ketidaksempurnaan dalam perjuangan di jalan Allah. Persahabatan suami isteri dalam rumah tangga ideologis melahirkan kesinambungan dalam perjuangan mengemban ideologi Islam. Kesedaran bahawa setiap perjuangan menuntut pengorbanan akan memudahkan pasangannya dalam menyempurnakan kewajipan. Tuntutan pengorbanan dapat berupa harta, tenaga, buah fikiran bahkan jiwa/nyawa sekalipun. Inilah tabiat perjuangan di manapun atau pada bila-bila masa sekalipun. Oleh kerana itu untuk mewujudkan rumah tangga ideologis bukanlah mustahil asal ada keinginan untuk meningkatkan potensi diri, menggunakan kelebihan masing-masing dan menghilangkan segala halangan demi kesempurnaan perjuangan mengemban ideologi Islam yang telah diwajibkan oleh Allah SWT.


Saturday, 26 November 2011

Terima Kasih


Terus terang saya katakan, saya adalah seorang yang sensitif. Mudah tersentuh. Terutama bab kasih sayang ni.. Saya susah nak sayang orang tapi bila dah sayang, dia memang punya tempat yang istimewa dalam hati saya. Saya takkan cerita di sini siapa orangnya. Biarlah namanya menjadi rahsia hati saya.
Kepada 'dia', terima kasih kerana beri peluang kepada saya untuk sayang anda. Terima kasih kerana menceriakan hari-hari saya. Terima kasih kerana menghiburkan hati saya. Terima kasih kerana membanggakan saya. Terima kasih kerana membuatkan saya mengukirkan senyuman saat saya duka. Terima kasih kerana menyejukkan hati saya. Terima kasih kerana meletakkan saya istimewa di hati anda. Anda juga istimewa di hati saya..
Mungkin 'dia' tidak pernah menyangka bahawa dia berperanan besar dalam hidup saya, tetapi itulah hakikatnya. Saya menyayanginya dan dia sumber kekuatan saya. Semoga dia terus berjaya dan ketahuilah, doa saya akan sentiasa saya titipkan untuknya..

Wednesday, 16 November 2011

Tak Semua

Tak semua orang rasa gembira
Tak semua orang faham apa yang kita rasa
Tak semua rasa apa itu hiba
Tak semua orang boleh lupakan sesuatu perkara dalam sekelip mata
Tak semua yang senyum itu dalam hatinya ada bunga
Tak semua beruntung dalam hidupnya
Tak semua orang dapat apa yang mereka mahukan
Tak semua benda boleh buat kita bahagia
Tak semua orang boleh sayang kita macam kita sayang mereka
Tak semua bernasib baik
Dan tak semua itu saya...

Note : You have 2 friends in this life,
           1. Allah
           2. Those who remind you of Allah

Friday, 11 November 2011

Salam Perkenalan

Assalamualaikum
Hari ni terdetik nak cuba create satu blog. Kenapa? Dah lama dah nak buat tapi takde kesempatan, erk itu bukanlah maksudnya saya sangat free sekarang.. ^_^

Kadang-kadang untuk meluahkan apa yang kita rasa, lebih baik dengan tulisan. Walaupun komunikasi dua hala tu takde tapi sekurang-kurangnya kita bebas untuk luahkan apa yang kita rasa kan? hmm.. itu pendapat saya la..

Satu sebab lagi kenapa saya nak create satu blog, saya nak perbaiki penulisan saya. mungkin hari ni saya tulis tak sampai 100 patah perkataan, tapi mungkin nanti saya akan mampu menulis lebih dari 2 muka surat! Fuh..angan-angan tu tinggi sangat hehehe.. tapi InsyaAllah, saya akan anggap ia satu cabaran untuk diri saya!