Sunday, 1 January 2012

Sabarlah..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Dah lama tidak mengupdate blog ini. Banyak perkara yang terjadi yang membuatkan hati menjadi goyah.. kaki terasa lemah ingin melangkah, namun fitrah kehidupan. Apa pun yang terjadi, hidup mesti diteruskan. Semoga dengan ujian-ujian yang ditimpakan untuk saya membuatkan saya sentiasa dekat denganNya.. Hakikatnya, sukar menempuhi semua ini sendirian, tetapi mungkin itu lebih baik kerana saya punya peluang untuk meluahkan semuanya denganNya...

Apapun, bersabarlah..

Jangan sampai kita hilag perasaan sabar dengan berputus asa atau berprasangka buruk seakan-akan Allah tidak akan memberikan kita kebaikan pada masa hadapan. Ingatlah bahawa putus asa itu adalah su'uzh-zhan billah (berburuk sangka kepada Allah)! Su'uzh-zhan kepada manusia pun tidak dibolehkan, apatah lagi kepada Allah SWT. Nauzubillahi min zalik.

Doakan saya. Doakan saya agar sentiasa berada di landasan yang benar. Doakan agar hati dan iman saya kuat. Doakan saya diberi kekuatan oleh Allah untuk menempuhi semua dugaan ini..