"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain"
Saya bukanlah orang yang tidak boleh menerima teguran. InsyaAllah, sebarang teguran akan saya terima dengan lapang dada. Setiap teguran yang diberikan kepada saya itu adalah satu petanda insan disekeliling saya prihatin dan menyayangi saya. Teguran itu, walaupun pahit saya rasakan namun semoga saya berlapang dada menerimanya. Semoga ia bakal menjadi anjakan ke arah yang lebih baik. Saya tidak mahu melayan emosi dan ego kerana akhirnya nanti memakan diri saya sendiri. Doakan saja yang terbaik untuk saya.
No comments:
Post a Comment