Thursday, 1 December 2011

I'm back!

Hari ini 1 Disember 2011.
Ada apa dengan tarikh ini? Mungkin ada yang menyambut hari lahir pada hari ini. Selamat hari lahir. Mungkin juga ada yang menyambut ulang tahun perkahwinan atau mendapat cahaya mata pada hari ini.. Tahniah saya ucapkan.
Apa ertinya tarikh ini pada saya? Besar maknanya.. Tarikh inilah insan yang saya sayangi memulakan hidup barunya di negeri orang. Jauh dari saya..Penghijrahannya memberi kesan besar dalam hidup saya. Sedih. Tidak saya nafikan perasaan itu membuatkan perut saya sebu hingga ke saat saya menulis entry ini. Perasaan itu juga yang membuatkan saya menjadi 'orang lain'. Saya hilang diri saya yang sebenar tanpa saya sedari..
Lewat petang tadi, saya menerima kiriman sms dari seorang sahabat. Isinya berbunyi, 'iza dah kembali..' Sungguh saya tersentak. Bila saya tanyakan maksudnya, dia menjawab 'dulu iza happy, byk idea tapi lately ni pendiam & muram sampaikan nak mintak pendapat pun tak berani'.
Saya termenung seketika. Sungguh. Saya tidak pandai menyembunyikan rasa. Apa yang saya zahirkan, itulah yang saya rasa. Jika saya gembira, sedih atau marah sekalipun semuanya akan diekspresikan di wajah saya. Dan ketika saya sibuk melayan anak murid saya di laman sosial, saya tersedar sendiri. Saya telah ketawa. Mungkin janggal bunyinya tapi itulah hakikatnya. Saya sudah lama tidak ketawa dengan seikhlas hati. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan ini. Saya sudah boleh menerima hakikat pahitnya sebuah perpisahan itu. Dan terima kasih Ya Allah kerana mengembalikan diriku.. Semoga aku diberikan kekuatan olehMu mengharungi hari-hari mendatang..Amin..

2 comments: